Nurul Sayang Kamu: Hobi baru sejak pindah rumah

Hobi baru sejak pindah rumah

Alhamdulillah. Pejam celik pejam celik dah nak dua bulan pindah rumah sendiri. Before ni menumpang kat rumah mak. Hehe. Lama dah mintak doa kat Allah bagi kami rezeki duduk rumah sendiri.

Allah Maha Mendengar. Dia jawab doa kami. Syukur! So, biasalah bila dah duduk rumah sendiri ni kita bebas nak buat ape sajee. Hikhik. Paling obvious yang Nurul nampak dalam diri Nurul adelah hobi menangkap gambar yang semakin menjadi-jadi. Especially gambar makanan. Tiap kali lepas masak je cepat-cepat senduk lauk masuk mangkuk, susun cecantik nak buat flatlay, ambil kerusi pastu berdiri atas kerusi (kahkahkah. demi gambar yang flat dan cantik), snap, edit & post dekat instagram. 

So, here are the menu's. Untuk lunch jela. Breakfast tak rajin. Sebab selalu breakfast minum ESP SHAKLEE je. Hehehe.



Ikan patin masak lemak cili api, sup ayam untuk anak-anak & buah.
Buah tu memang wajiblah. 



Ni menu sabtu lepas. Western sikit sebab ade tetamu datang rumah. Tetamu tu suka western. So, masak yang simple. Aglio olio linguine dengan mushroom soup & roti.



Combination ayam masak lemak cili api dengan sambal tempe campur bilis memang wallah! Sedap bak hang! Ayam goreng dua ketul tu untuk Hannan & Hafiy! :)



Next, lala goreng bercili dengan masak lemak kubis. Lala tu rasa macam rendang pun ade jugak, Hehehe


Kalau malas sangat, masak satu lauk je. Ade protein ada sayur. 
Hehehe. Menu asam pedas ikan pari.



Ikan cencaru goreng cicah kuah asam is my favourite! Tambah kailan ikan masin dengan sayur bening untuk Hannan & Hafiy. Ibu, ayah & anak-anak semua boleh makan. 



Menu sebulan yang lepas. Haha. Sotong masak kicap berlada, tumis terung, sup untuk Hannan & Hafiy, salad & buah! Licinnnn! 



Udang masak lemak cili api, sayur kailan goreng belacan & tempe goreng. 



Ayam masak buttermilk, pakchoy masak sos tiram. Actually first time masak pakchoy ni.Sedap jugak. :) 2 ketul ayam tu untuk anak-anak.




Last sekali, menu malas jugak. Paprik ayam! Campur semua skali dalam satu menu, Siap! Sup & ayam goreng untuk Hannan & Hafiy.


Bila dah masak macam-macam ni mulalah risau berat naik, kolestrol tinggi, nanti gemuk cemanaaa? Takpe, lepas makan make sure ambil Omega Guard Shaklee. InsyaAllah, dapat membantu untuk membakar lemak degil dalam badan kita. InsyaAllah.


Bulan oktober 2016 ni SHAKLEE dah lanjutkan PROMOSI PENDAFTARAN dengan belian yang mana before ni :


1. Pendaftaran + belian 100 uv : Dapat FREE LECITHIN

2. Pendaftaran + belian 200 uv : Dapat FREE ALFALFA (LARGE) + FREE MEMBERSHIP + CASHBACK RM30++

Kalau berminat, boleh hubungi Nurul okay? Nak beli shaklee product untuk consume sendiri boleh. Untuk buat bisnes pun boleh. Nanti Nurul guide.

Regards ;
Nurul
Your Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID 1238189
Instagram : @supplementstory
"Cergas jelita bersama saiyaaa!"

Pengedar Shaklee Dengkil, Bangi, Cyberjaya & Putrajaya









0 ORANG KRITIK: